Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang NYATA bagi manusia. Ingat pesanan ini!!!
Iblis telah mengutuskan sebanyak tiga ratus (300) bala tenteranya ke atas seseorang anak Adam untuk menyelewengkannya dari jalan yang haq ( benar) atau menyesatkannya melalui empat arah serangan .
“Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, aku akan menghalangi mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian aku akan mendatangi mereka dari arah hadapan dan arah belakang mereka, dari arah kanan dan dari arah kiri mereka, Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)”
( Surah Al-A`raf:16,17 ).
Strategi serangan mereka ialah:
1. Dari hadapan - tentang urusan akhirat.
2. Dari belakang - tentang urusan duniawi
3. Dari kanan- tentang urusan agama ( kebaikan )
4. Dari kiri- tentang urusan dosa ( keburukan )
Apa pun bentuk serangan dan dari sudut manapun ia dilakukan, tujuannya ke atas anak Adam hanya satu iaitu untuk melemahkan dan kemudian menewaskan mereka menjadi tawanan perangnya. Selepas itu manusia ini akan menjadi hambanya atau teman seiringan untuk bersama-sama masuk neraka nanti.
Maka , perlulah pula kita menangkis serangan mereka dengan cara : Membaca Al-quran dan:
1. Jika serangan daripada hadapan - gunakan senjata zikirullah
2. Jika serangan daripada belakang - gunakan akal yang waras dan fitrah insan suci sejati.
3. Jika serangan daripada sebelah kanan - gunakan ilmu berlandaskan wahyu Ilahi (al-Quran ) dan hadis abi saw.
4. Jika serangan daripada sebelah kiri – gunakan istighfar dan taubat nasuha.